Ahad, 10 Julai 2011

Muhammad Bin Abdullah, NabiKu...

   Dalam satu peristiwa, sahabat-sahabat Muhammad bin Abdullah pernah
melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya, "Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami."

   Umar menceritakan, "Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengimbaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku menangis."

   Umar berkata lagi, "Berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian."


Ahad, 12 Jun 2011

Ahad, 2 Januari 2011

Penyejuk Hati

  • Jangan bersedih, kerana Dunia terlalu hina untuk ditangisi
  • Jangan bersedih, kerana anda adalah orang yang beriman kepada Allah
  • Jangan bersedih, kecacatan bukan penghalang untuk berprestasi
  • Jangan bersedih, selama anda memahami Islam
  • Jangan bersedih, anda tidak akan mati sebelum ajal tiba
  • Biasakanlah mengucapkan: "Ya Dzal Jalali wal Ikram."
  • Waspadalah terhadap orang yang dengki
  • Berakhlak baiklah kepada siapa sahaja
  • Jangan bersedih, lakukan tips menjauhkan kegelisahan
  • Jauhilah maksiat
  • Carilah rezeki tetapi jangan tamak
  • Raihlah hidayah Allah, anda akan bahagia
  • Jangan bersedih, hadapilah kenyataan
  • Jangan bersedih sebab segalanya akan berakhir
  • Jangan bersedih, sebab sedih membawa derita
  • Istighfar adalah pembuka jalan
  • Orang lain yang bergantung kepada anda dan bukan anda yang bergantung kepada mereka
  • Bersikap bijaksana terhadap harta, orang yang berhemat tidak akan sengsara
  • Jangan bergantung kepada selain Allah
  • Yakinlah akan ketetapan Qadha'
  • Cubalah untuk sentiasa berlapang dada
  • Nikmatnya kemerdekaan
  • Bersikaplah Qana'ah
  • Jangan percaya kepada orang yang menyebarkan berita bohong
  • Anda tidak akan celaka oleh cacian dan celaan
  • Renungkanlah keindahan alam semesta
  • Apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana untuk diciptakan?
  • Ketamakan tidak akan membahagiakan
  • Bekerjalah kamu
  • Musibah itu menghapuskan dosa-dosa

Jumaat, 31 Disember 2010

Penguat AzamKu Tahun 2011

  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu

  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup

  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah

  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal

  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

Dari HatiKu........